Makanya, selain memastikan mendapat tidur yang berkualiti, perhatikan juga posisi dan cara tidur untuk mendapat manfaat kecantikan.
- Posisi menelentang adalah bagus kerana badan berada dalam posisi relaks dan tidak melengkung. Bentuk tubuh akan menarik kerana lengkungan tulang belakang yang baik Ianya juga boleh mengelakkan gangguan pada jantung dan peredaran darah. Apabila darah mengalir lancar ke wajah, wajah akan berseri dan tentunya toksin darah penyebab jerawat tidak berlaku!
- Posisi mengiring yang baik adalah posisi mengiring ke kanan. Posisi ini dianggap para doktor tidak menekan jantung. Apabila jantung tidak tertekan, darah mengalir lancar dan kolestrol tidak berkumpul, maka tubuh badan akan kekal langsing. Wajah juga berseri kerana darah mengalir lancar ke muka. Malah posisi ini juga disunatkan Rasulullah s.a.w.
- Posisi meniarap adalah paling buruk kerana ia menekan lengkungan tulang punggung sehingga otot menjadi tegang. Tidur meniarap juga akan membuatkan wajah sembab, kusam, berjerawat dan mata kemerah-merahan kerana dada dan jantung tertekan yang menyebabkan aliran darah tersekat.
- Tidur dengan lampu terpasang boleh menyebabkan garis-garis halus terlihat pada waktu pagi kerana refleksi wajah yang berkerut saat tidur tanpa disedari kerana menahan silau dari lampu.
0 comments:
Post a Comment