Sedang sibuk mengemas rumah di pagi hari cuti sebelum bertolak untuk melawat anak di asrama, tiba2 suamiku yang dalam perjalanan ke pejabat kerana terdapat kes penculikan menelefonku. Katanya, dalam keadaan tekanan kerja pagi2cuti ni, nasib baik ada jugak perkara yg menarik perhatian dan melucukan berlaku pagi ni, terhibur jgk hati...Kisahnya.....
Di persimpangan lampu isyarat Wakaf Siku, Kota Bharu, ada seorang kurang siuman, bahasa mudahnya 'orang gila' sedang mengawal lalu lintas. Pakaiannya seluar jeans ketat di betis dan kasut potongan tinggi sepertimana pakaian anggota trafik. Dengan memakai topi sudu (topi baseball) dan topi keledar di sangkut di pinggang, beliau mengawal lalu lintas tak kira lampu merah atau hijau disuruh jalan dan berhenti. Nasib baik la pemandu semua ikut lampu tak ikut arahan dia! Waktu itu, lampu di laluan suamiku bertukar merah dan suamiku pun turut memberhentikan kereta. Pada masa yg sama ada la sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki dengan anaknya yg membonceng duduk di depan berhenti di lampu isyarat tersebut. Lelaki tersebut memakai topi keledar tetapi anaknya tidak. Tahu apa yang berlaku? Pengawal lalu lintas si orang gila itu tiba-tiba terus meluru ke penunggang motosikal tadi dan cuba teka? Hah, dimarahnya si lelaki tu! Kata orang gila tu "Hei tahu tak bahaya anak tak pakai topi keledar tu! tak tahu undang2 ke? nah ambik topi ni bagi kat anak tu pakai!" Suamiku tak tahan gelak, terus tutup tingkap dan tak tahu la dialog seterusnya. Nampak seperti si lelaki tu ada menjawab sesuatu seolah nak bayar topi keledar. Bila lampu bertukar merah, si penunggang motor terus memecut dan si orang gila terus menunjuk2 ke arah si lelaki tersebut sambil terus marah2 "bahaya, tak tahu undang2!" Kata suamiku, orang kurang siuman pulak lebih cerdik dari hok tak siuman. Ada baik jgk sesekali org gila disuruh jaga persimpangan isyarat. Kena sekali tegur dgn org gila,dah tentu lps ni taubat orang tu akan pakai topi keledar!"
Hiburan percuma di pagi hari tetapi membawa seribu pengertian kepada kita yang sentiasa rasa diri lebih baik dari orang yang tak siuman!
0 comments:
Post a Comment